fbpx

Akaun Telegram, WhatsApp Ahmad Zahid digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab

PETALING JAYA- Akaun aplikasi Telegram dan WhatsApp milik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan penghantaran mesej tidak berkaitan.

Menerusi perkongsian Ahmad Zahid di Twitter rasminya sebentar tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga sedang berusaha mendapatkan semula akaun aplikasi terbabit semula.

“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan-rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.

“Saya dalam proses mendapatkan semula akaun,” ciapnya tadi.

Berdasarkan tangkap layar dikongsikan Ahmad Zahid, penggodam didakwa menggunakan akaun tersebut untuk meminta wang daripada senarai kenalan Telegram dan WhatsApp Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Penggodam dilaporkan meminta wang sebanyak RM5,000 selain berjanji akan membayarnya semula pada sebelah petang.

Wang tersebut perlu dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik lelaki bernama Zainal Abidin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI