fbpx

KTMB tawar naik tren percuma DMU Gemas-Kuala Lipis 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar KTMB menawarkan promosi tiket percuma perjalanan DMU antara Gemas-Kuala Lipis selama tiga hari sempena pelancaran rasmi pada 24 Februari depan.

PUTRAJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menawarkan perkhidmatan tren percuma Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Kuala Lipis, Pahang.

Promosi selama tiga hari bermula 21 Februari depan bersempena dengan pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU berkenaan yang dijadualkan 24 Februari ini.

Menerusi hantaran akaun sosial rasmi KTMB, operator rel kebangsaan itu memaklumkan bahawa pengguna boleh mendapatkan tiket percuma tersebut dari kaunter tiket stesen sahaja.

“Rebutlah peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menaiki tren DMU tanpa dikenakan bayaran dengan hanya menggunakan kod promo JOYRIDEDMU,” jelas hantaran berkenaan.

Para pengguna turut diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, namun ia masih terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc.

Langkah ini difahamkan sebagai prosedur operasi standard bagi pematuhan pengawalan wabak Covid-19 selain demi memastikan penumpang berasa selesa sepanjang perjalanan itu.

KTMB bagaimanapun sudah membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan sejak semalam bagi kesemua trip tren tersebut yang akan bermula pada 24 Februari depan.

Selain dijual secara manual menerusi kaunter di stesen, tiket perkhidmatan berkenaan turut boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau pelbagai medium pembelian tiket yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI