fbpx

Model saman klinik rawatan rambut selepas kepala hampir botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
April mendakwa terpaksa mencukur rambutnya selepas bergumpal teruk dalam sesi rawatan di Belgravia Centre. – Champion News

LONDON – Seorang model wanita menyaman sebuah klinik rawatan rambut di London kerana didakwa mengakibatkan rambutnya menjadi kusut teruk selepas menjalani sesi rawatan sehingga terpaksa dicukur, lapor akhbar Mirror UK semalam.

April Alexander  yang merupakan model dalam bidang dandanan rambut,  mengunjungi  Belgravia Centre pada April 2016 untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah rambut gugur.

Bagaimanapun, rambut wanita berusia 30 tahun itu sebaliknya tersimpul dan bergumpal ketika sesi rawatan kulit kepala di klinik tersebut, demikian menurut laporan dokumen mahkamah.

Menurut April, beberapa helai rambutnya  tercabut ketika dua pakar terapi cuba untuk meleraikan rambutnya yang kusut.

Model sambilan itu berkata, insiden tersebut menyebabkan dia tidak mempunyai pilihan selain mencukur rambutnya yang bergumpal.

Dia juga mendakwa bahawa selain mengalami trauma, insiden itu juga menyebabkannya mengalami masalah botak.

“Tindakan menarik dan mencabut rambutnya amat sakit dan April menjadi amat tertekan selepas berada di klinik itu selama enam jam.

“Sebelum meninggalkan pusat rawatan itu, dia ditawarkan sejumlah wang untuk membayar pendandan rambut lain bagi mencukur rambutnya,” kata peguam April.

Belgravia Centre bagaimanapun menangkis tuduhan tersebut dengan berkata bahawa rambut April  menjadi seperti itu kerana dia menggumpalnya di bawah rambut palsu.

April menyaman klinik yang menamakan organisasi mereka sebagai ‘pusat keguguran rambut terbesar di Eropah’ itu bagi menuntut ganti rugi sebanyak £100,000 (RM566,700).

Kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI