fbpx

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dessy terpaksa melalui khemah yang dihalang dengan pelbagai peralatan sebelum boleh memasuki rumahnya. - TikTok @akutuheci

JAKARTA – Seorang wanita di  wilayah Jakarta Timur berkongsi sebuah video di laman TikTok memaparkan majlis perkahwinan jirannya yang diadakan secara besar-besaran sehingga menghalang laluan dan pintu rumahnya, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan video tersebut, Dessy Fitria Nurlailah yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja, terpaksa berjalan melalui khemah majlis perkahwinan itu dengan pelbagai peralatan menghalang laluannya.

Dia perlu melalui susunan kerusi yang dipenuhi oleh tetamu undangan, tempat meletak sistem bunyi dan pembesar suara, kipas angin besar dan perhiasan khemah sebelum tiba di satu kawasan yang ditutup dengan kain berwarna kuning.

Wanita itu kemudiannya menyelak kain tersebut untuk membuka pintu rumahnya sebelum masuk ke dalam kediaman itu.

“Jiran saya itu orang Jawa, jadi mereka mengadakan beberapa acara dalam majlis perkahwinan itu selama beberapa hari. Khemah juga telah dipasang dua atau tiga hari sebelum majlis bermula,” kata Dessy.

Tambah wanita itu, dia memuat naik video tersebut bukan kerana berang dengan situasi itu, namun semata-mata kerana berasakan ia sesuatu yang lucu.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Pesanan untuk semua orang. Kalau tidak mempunyai wang untuk berkahwin, jangan paksa diri apatah lagi sehingga menyusahkan orang lain,” kata seorang pengguna.

“Saya juga pernah alami keadaan ini bahkan sehingga terpaksa masuk ke rumah orang lain terlebih dahulu,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI