fbpx

Kosmo! Prihatin: Kasih anak jaga bapa derita kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR SHAHIRAH (kiri) menjaga bapanya yang menghidap kanser di rumah mereka di Kampung Haji Abbas, Baling baru-baru ini.

BALING – Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang anak selain memberi kasih sayang serta berbakti kepada ibu bapa sepanjang hayat mereka.

Menurut Noor Shahirah Mohamad Rashid, 21, dari Kampung Haji Abbas di sini, dia sanggup berkorban untuk menjaga bapa, Mohamad Rashid Abdul Aziz, 50, yang menderita kanser usus dan tulang pinggul sejak tahun 2019.

Katanya, bapanya itu memerlukan penjagaan rapi selepas menjalani pembedahan membuang usus pada 2020 dan tulang pinggul pada Disember tahun lalu.

“Luka pembedahan ayah perlu dicuci setiap dua jam sekali untuk memastikan ia bersih dan tidak dijangkiti kuman.

“Pemakanannya juga perlu dijaga bagi mengelakkan luka lambat sembuh,” katanya ketika ditemui di Kampung Haji Abbas di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini dia bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani dan kemudian bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah.

“Namun, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas ayah perlu berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dua minggu sekali untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan membuang usus dan tulang pinggul,” ujarnya.

Noor Shahirah memberitahu, ibunya, Norhashimah Mohd. Tajuddin, 46, yang menyara keluarga dengan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat kerajaan di sini.

“Dengan pendapatan yang tidak seberapa itu, emak agih untuk perbelanjaan makan dan minum, persekolahan dua adik serta membayar bil utiliti selain keperluan lain,” jelasnya.

Katanya lagi, bapanya memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1,500 untuk ubat-ubatan dan kos berulang-alik ke HPP.

“Ayah ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, namun jumlah itu masih tidak mencukupi,” katanya.

Tambahnya, dia yang merupakan anak sulung akan terus menjaga ibu bapa dan dua adiknya yang berusia 14 dan 17 tahun yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor di sini.

“Selagi hayat ada, saya akan menjaga ayah dan keluarga de­ngan baik, namun agak terkilan kerana tidak mampu keluar be­kerja membantu ibu menyara keluarga,” katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Noor Shahirah Mohamad Rashid 0212441100011174.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI