fbpx

Azpilicueta hanya menumpang tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZPILICUETA terus menambah koleksi kejuaraan bersama Chelsea apabila mereka dinobatkan sebagai juara Piala Kelab Dunia menewaskan Palmeiras. – AFP

LONDON – Bekas pengurus ­Middlesbrogh, Neil Warnock meng­akui bahawa kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta sangat bertuah untuk berada dalam dunia bola sepak biarpun tidak memiliki bakat yang benar-benar sempurna.

Azpilicueta berjaya membantu The Blues muncul juara pada aksi Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Palmeiras 2-1 pada aksi final, sekali gus menambah koleksi kejuaraannya bersama pasukan itu.

Pemain berusia 32 tahun itu meraih gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga Inggeris, Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Kelab Dunia sepanjang ka­riernya di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, Warnock berpendapat, Azpilicueta hanyalah bernasib baik kerana berada di kelab seperti Chelsea kerana dia bukanlah seorang pemain pertahanan yang benar-benar terbaik.

“Secara jujur, saya fikir dia hanya bernasib baik untuk berada di sebuah kelab seperti Chelsea. Dia bukanlah seorang pemain pertahanan yang bagus.

“Adakalanya dalam bola sepak, anda perlukan sedikit tuah dan saya fikir dia antara orang yang bertuah. Saya meng­anggap Azpilicueta berada pada tempat yang betul dan pada masa yang sesuai. Itu yang anda perlukan dalam bola sepak,” kata Warnock.

Azpilicueta mengambil alih tugas sebagai ketua pasukan dari­pada Gary Cahill pada 2019 dan melakukan segala-galanya untuk menunjukkan bahawa dia layak memikul tugas berkenaan dan Sabtu lalu, dia sekali lagi membuktikan keupayaannya.

Warnock yang dipecat oleh Middlesbrough pada November tahun lalu selepas hanya meraih enam kemenangan daripada 17 perlawanan bersama pasukan itu masib memegang rekod sebagai pengurus paling banyak me­nyertai perlawanan apabila terlibat dalam 1,603 aksi sepanjang karier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI