fbpx

Dua wanita bingung wang lebih RM80,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita yang menjadi mangsa penipuan sindiket atas talian mengadakan sidang akhbar di pejabat Amanah Pasir Gudang, Johor.

PASIR GUDANG – Dua wanita mengalami kerugian lebih daripada RM80,000 selepas akaun bank peribadi milik mereka didedahkan individu tidak dikenali yang bertindak mengeluarkan wang daripada akaun berkenaan tanpa pengetahuan mereka.

Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Law, 44, memberitahu, dia mengesan terdapat beberapa transaksi dilakukan membabitkan akaun bank miliknya pada 27 Januari lalu.

“Saya terus menghubungi pihak bank dan mereka mengesahkan terdapat sejumlah 12 transaksi yang dibuat dengan nilai wang keseluruhan RM25,000 telah dipindahkan bermula pukul 12.24 tengah hari hingga 1 petang.

“Pindahan wang berkenaan dilakukan ke sebuah akaun e-wallet yang tidaklah dikenali.

“Saya bertanya bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan had pengeluaran akaun bank saya hanya RM5,000 sehari, namun mereka hanya memaklumkan pihak bank hanya diwajibkan menghantar mesej OTP sahaja, dan tiada perkara lain,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Pasir Gudang, di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI