fbpx

22,133 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 22,133 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 hari ini masih lagi melepasi angka 20,000 dengan 22,133 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,083,683 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut sebanyak 146 kes (0.66 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 21,987 kes (99.34 peratus) kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan, kategori satu 5,831 kes (26.34 peratus), kategori dua 16,156 kes (73.0 peratus) kategori tiga 102 kes (0.46 peratus) kategori empat 24 kes (0.11 peratus) dan kategori lima 20 kes (0.09 peratus),” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Berdasarkan perbandingan, kes harian mula merekodkan melepasi angka 20,000 pada 11 Februari dengan 20,939, 12 Februari pula sebanyak 22,802 kes, 13 Februari dengan 21,072 kes manakala, semalam sebanyak 21,315 kes dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI