fbpx

Dua sahabat lemas semasa mandi air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa lemas di air terjun Batu Berangkai dekat Kampar dibawa naik oleh anggota bomba ke tebing.-IHSAN JBPM PERAK

KAMPAR – Kegembiraan empat sekawan mandi di air terjun Batu Berangkai dekat sini hari ini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mayat Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, yang berasal dari Selangor dijumpai hampir sejam selepas mayat rakannya, Muhammad Fikri Adam Azmi, 20, dibawa naik oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian berlaku apabila seorang daripada mangsa dilihat lemas sebelum cuba dibantu rakannya.

Katanya, keadaan panik menyebabkan kedua-dua mangsa tersebut gagal menyelamatkan diri.

“Dua lagi rakan mereka yang berada di tempat kejadian cuba membantu tetapi gagal dan hanya mampu menarik mangsa pertama keluar dari air tetapi dia bagaimana pun tidak sedarkan diri.

“Mangsa kedua telah tengelam di dalam air dengan dua rakan lain segera meminta pertolongan orang awam dan menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua mereka yang berasal dari Selangor itu datang ke Kampar untuk mandi dengan menaiki motosikal,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI