fbpx

Semput kerana booster, ini penjelasan Dr. Malar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Dr.Malar tampil menjelaskan bahawa semput boleh terjadi akibat faktor lain bukan kerana dos penggalak seperti diwar-warkan sesetengah individu

PETALING JAYA – Sesetengah individu mendakwa bahawa pengambilan vaksin dos penggalak membuatkan mereka mengalami kesan sampingan seperti kehilangan tenaga sehingga ada yang takut untuk mengambil dos penggalak.

Mendedahkan perkara itu, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali dilaman Facebook dengan Celoteh Dr. Malar menjelaskan bahawa perkara itu boleh terjadi akibat faktor-faktor lain.

“Orang yang berasa tenaga berkurangan selepas mengambil vaksin dan semakin semput apabila melakukan aktiviti fizikal perlu buat pemeriksaan dan stress test (ujian tekanan jantung).

“Baru-baru ini saya didatangi seorang pesakit yang mengadu baru sahaja cucuk vaksin booster dan mula mengalami semput.

“Saya rujuk pesakit itu kepada pakar kardiologi untuk membuat ujian stres dan didapati dia mampu menerima tekanan yang tinggi, jadi saya berikan ubat untuk keresahan dan semputnya mula pulih,” katanya melalui sebuah hantaran video.

Katanya, punca sebenar pesakit itu semput kerana dia banyak risau dan mempunyai banyak masalah serta selalu berfikir sehingga berasa berat dibahagian dada.

“Sesiapa diluar sana mengalami masalah sama perlu melakukan pemeriksaan secara terperinci dengan pengamal perubatan bagi memastikan punca sebenar tenaga ketika melakukan aktiviti fizikal berkurangan.

“Perkara yang sama turut terjadi terhadap seorang pesakit yang merupakan lelaki tua dan terbukti apabila beliau sebenarnya mempunyai sejarah penyakit lain,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI