fbpx

PRN Johor: Muda tidak terima ‘katak politik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq memperkenalkan calon DUN Puteri Wangsa, Amira Aisya ketika di Eco Casadria, Johor Bahru semalam.-FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertegas akan menolak kemasukan ‘katak politik’ khususnya melibatkan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mahu melompat dan menyertai parti berkenaan ketika sedang berkhidmat.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pendirian itu adalah selaras dengan cadangan diusulkan parti berkenaan iaitu Akta Lompat Parti yang beliau berharap dapat diluluskan segera.

Menurutnya, amalan yang kerap berlaku melibatkan parti-parti utama seperti UMNO itu telah menyebabkan banyak kerajaan negeri jatuh.

“Muda daripada awal telah mencadangkan Akta Lompat Parti diusulkan dan diluluskan secepat mungkin, supaya politik katak ini dapat diperangi.

“Pada masa yang sama Muda telah menerima keahlian daripada pelbagai latar belakang, daripada kepimpinan juga ada bekas pemimpin Pas, UMNO malah ada kawan baik Ketua Penerangan UMNO itu sendiri dan ada kawan-kawan daripada parti yang lain juga,” katanya selepas mengumumkan calon pertama Muda semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI