fbpx

Hasrat arwah dua beradik kerja di Australia tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di perkarangan Unit Forensik Hospital Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Dua beradik yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Bernam–Tanjong Karang di sini semalam sempat menyatakan hasrat mereka untuk bekerja di Australia selepas sambutan Aidilftri.

Sha Sabarina Marsom, 27, dan adiknya, Norhidayah, 20, maut selepas kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mereka terlibat nahas dengan kereta jenis Mercedes dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu.

Ibu mangsa, Nurhayati Shanti Abdullah, 54, berkata, dia sempat menemui dua anaknya itu yang menziarahnya di Sungai Nibong, Sekinchan, kira-kira pukul 4.30 petang sebelum kejadian itu sebelum mereka pulang ke Klang.

“Mereka yang bekerja sebagai juruwang kedai serbaneka itu menyatakan mahu bekerja selama setahun di Australia selepas raya nanti.

“Selain memeluk, saya sempat mencium mereka berdua dan hasrat itu tidak kesampaian kerana kedua-duanya dijemput Ilahi secara serentak,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan dua beradik maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Bernam-Tanjong Karang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI