fbpx

Dua lelaki maut terperosok bawah treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Waja yang terperosok di bawah treler di Kilometer 362.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tanjung Malim hari ini.-IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Dua lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka terperosok di bawah treler di Kilometer 362.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi.

Nahas sekitar pukul 5.40 pagi itu mengorbankan pemandu Proton Waja, Jeya Varma Yathal, 33, dan seorang lelaki dikenali Kartikeyan berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 47 tahun itu dalam perjalanan dari arah Rawang menuju ke Teluk Intan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Waja dari arah belakang.

Katanya, perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta dipandu mangsa terperosok masuk dan melekat di bawah treler berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan penumpang kereta cedera parah akibat tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI