fbpx

‘Syukur anak-anak selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
June (dua kanan) menerima sumbangan tabung kilat Surau Al-Ansor yang disampaikan Zakaria di rumahnya di Seksyen 2, Shah Alam.

SHAH ALAM – Hanya perasaan syukur diungkapkan seorang peniaga apabila lima anak terselamat selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Seksyen 2 di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 malam, Sabtu lalu ketika June Haneda Jamaluddin, 45 dan suaminya, Kamaruzaman Kamarudin, 46, tiada kediamannya.

Menurut June, kebakaran dikatakan berlaku ketika anak sulungnya, Aryana Sofea Kamaruzaman, 20, sedang memasak untuk adik-adiknya di dapur menggunakan peralatan masak mudah alih.

“Namun secara tiba-tiba, apai menyala tinggi lantas menyambar beberapa kotak dan keretas berdekatan susulan bahagian gas di peralatan itu bocor.

“Aryana segera menghubungi bomba sambil membawa empat lagi adiknya keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas pemberian sumbangan daripada Surau Al-Ansor, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Ansor, Datuk Zakaria Yusuf berkata, pihaknya telah melancarkan tabung kilat sejak Sabtu lalu bagi meringankan beban keluarga June.

“Alhamdulillah, sebanyak RM3,000 berjaya dikutip dan diserahkan kepada mereka dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh terus berbuat demikian menerusi tabung kilat itu masih aktif sehingga Jumaat ini.

“Mereka yang ingin berbuat demikian boleh menyalurkannya menerusi akaun Bank Islam Surau Al-Ansor bernombor 12038010014745,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI