PETALING JAYA – Satu per satu kemewahan yang dimiliki diambil semula oleh Tuhan.
Situasi getir itu yang dilalui oleh pelawak sensasi, Shuk Sahar sejak akhir-akhir ini sehingga mengambil keputusan untuk menjual rumahnya dengan harga RM1.2 juta bagi menampung kos sara hidup.
Katanya, hasil jualan rumahnya itu nanit akan digunakan untuk meneruskan kehidupan dan memberinya peluang untuk memulakan satu perkara baru.
“Ya, saya nak jual rumah di Elmina Ferrea, Shah Alam. Bayaran bulanannya tinggi iaitu RM4,000 dan saya sangat perlukan duit ketika ini untuk teruskan kehidupan.
“Ketika ini, sudah ada pembeli yang berminat tetapi ramai pula kawan saya memberitahu tidak perlu menjualnya. Saya akan berbincang semula dengan ejen yang terlibat,” katanya.
Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, memberitahu hal tersebut ketika bersiaran langsung menerusi akaun TikToknya semalam.
Tambah pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu, rumah tersebut ingin dijual memandangkan isterinya juga tidak lagi menetap di situ.
“Sera juga tidak lagi menetap di situ dan sudah tinggal ditempat lain,” tuturnya.
Diselar netizen situasi getir hidupnya kini akibat kecurangannya dengan isteri, Rossa Sera, bekas anggota kumpulan Balas itu tidak menafikan hal tersebut.
Akuinya, perasaan takut turut menyelebungi dirinya kerana khuatir setiap patah perkataan yang dikongsi dalam TikTok membuatkan dirinya dikecam teruk oleh umum.
“Pendapatan terjejas sebab aniaya isteri, ya betul. Saya rasa apa yang awak (pengguna TikTok) cakap betul.
“Saya takut sebenarnya apabila ada yang membawa keluar setiap perkara yang saya kongsi dalam TikTok kerana pasti akan memberi lebih banyak kome negatif daripada orang ramai,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut mengenai kos sara hidupnya yang ketika ini terjejas, Shuk mengakui kedai minuman, Semooth Cafe di Wang Maju telah ditutup kerana hasil jualan kurang memberansangkan.
Dedahnya, situasi tersebut berlaku susulan kontroversi rumah tangga yang berlaku sejak tahun lalu sehingga menjejaskan perniagaannya.
“Semooth Cafe di Wangsa Maju sudah ditutup disebabkan kes saya sebelum ini. Sukar untuk saya bergerak ke kir atau ke kanan.
“Sudah lima bulan saya tiada pendapatan dan Alhamdulillah diberikan rezeki semula dalam bidang lakonan yang memulakan penggambaran esok (hari ini),” ujarnya.
Terdahulu, nama Shuk tular dalam TikTok selepas mengakui curang bukanlah satu hal yang menyeronokkan seperti yang dilihat umum.
“Saya curang berkali-kali dengan orang yang sama, dan sebenarnya perkara tersbeut pun tidak bagus pun.
“Ini merupakan satu nasihat sebab ramai yang minta saya tips untuk curang. Curang bukan satu perkara yang menyeronokkan pun,” ujarnya beberapa hari lalu.
Sehingga hari ini, status rumah tangga Shuk maish menjadi tanda tanya ramai selepas Sera mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya dan mahu memfailkan perceraian.
Sebagai info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi kini berusia dua tahun. – K! ONLINE