fbpx

Cuaca buruk di tiga buah negeri pantai timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir yang dikeluarkan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Besut dan Setiu,” kata MetMalaysia.

Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI