fbpx

‘Kuil tempat kami sembahyang, bukan kawasan jogging’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik oleh pengguna dilaman tersebut.

PETALING JAYA – Setiap orang haruslah mengelakkan timbulnya sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau agama.

Menerusi perkongsian Raff Radzuan di laman Twitter, seorang pengguna memuat naik hantaran meminta agar orang ramai menghormati kawasan penganut Hindu terutamanya di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves.

Ini kerana, keindahan pelbagai warna yang menghiasi 272 anak tangga ke gua batu kapur itu telah menjadi antara tarikan pelancong sehingga disalah guna oleh sesetengah individu.

“Selamat pagi kepada masyarakat India, Tamil serta pihak pengurusan Batu Cave, diharap anda peka mengenai isu kawasan kuil bukan tempat untuk mereka melakukan aktiviti joging dan ‘hiking’.

“Saya berada di kuil setiap hari ahad untuk sembahyang, semalam saya memang tak boleh terima apabila lihat ramai yang beriadah di kawasan tangga kuil,” tulisnya.

Tambah pengguna tersebut, dia sempat menegur seorang wanita yang berada di kaunter pertanyaan sebelah kawasan tangga.

“Saya tegur seorang wanita di kaunter dan tanya kenapa ada orang joging di kawasan kuil dan adakah tiada sebarang tindakan diambil kepada mereka,” katanya.

Jelas pengguna itu, wanita berkenaan memaklumkan teguran telah dilakukan kepada individu yang datang ke kawasan kuil semata-mata untuk melakukan aktiviti bersukan tetapi masih ramai yang tidak mempedulikannya.

Katanya lagi, pihak pengurusan perlu meletakkan papan tanda larangan agar individu yang hadir lebih peka mengenai kawasan kuil adalah tempat suci untuk sembahyang.

“Saya harap perkara ini dapat dihentikan segera dan tidak menjadikan kuil sebagai tempat bersukan dan akan ada papan tanda yang dibuat oleh pihak pengurusan Batu Cave. Ingat, kawasan kuil adalah untuk kami sembahyang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI