fbpx

‘Duit tak cukup, bapa tawar durian untuk bayar mainan anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga barangan mainan kanak-kanak berkongsi cerita pengalamannya apabila ditawarkan durian oleh seorang lelaki sebagai ganti untuk membayar mainan yang dibeli.

PETALING JAYA – Kasih seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik demi anaknya.

Begitulah pengalaman seorang pemuda berkongsi kisah seorang bapa yang sanggup menawarkan durian sebagai ganti untuk membayar harga mainan yang dibeli bagi memenuhi permintaan anak-anaknya.

Menerusi perkongsian pengguna akaun Harga Rapat di laman Facebook, dia yang juga peniaga barangan mainan kanak-kanak di Jengka telah didatangi seorang lelaki bersama empat orang anaknya untuk membeli beberapa jenis mainan.

“Semalam masa kami berniaga, datang seorang abang bersama empat orang anaknya dan beritahu nak beli mainan tapi duit tak cukup.

“Abang itu maklumkan dia berniaga durian. Jadi, dia tanya boleh tak nak tukar dengan durian sebab anak dia dah lama teringin nak main dron,” ujarnya.

Menurut pemuda itu, pada awalnya dia terkejut apabila mendengar permintaan lelaki tersebut namun, akhirnya bersetuju menerima tawaran pertukaran durian dengan mainan yang mahu dibeli.

“Kami saling berpandangan, akhirnya aku setuju dengan abang itu, janji anak-anak dia gembira.

“Bila dikira harga mainan semua dekat RM200 juga termasuk harga dron dan beberapa mainan-mainan kecil lain untuk kesemua anaknya,” ujarnya.

Tambah pemuda itu, lelaki tersebut kemudiannya pergi mengambil beberapa biji durian dan menghantar semula kepadanya.

“Dia balik ambil durian dan datang semula hantar kepada saya, sekali dia bagi jenis musang king dan beberapa durian lain seperti jenis D24.

“Bila tengok muka anak dia semua seronok, dan sekali-sekala aku tenung wajah lelaki itu nampak dia tersenyum puas dapat beli mainan untuk anak.

Walaupun pembayaran bukan menerusi wang tunai, namun pemuda itu mengakui dirinya puas kerana dapat membantu lelaki itu menggembirakan hati anak-anaknya.

“Tapi hati aku puas dapat juga bantu seorang bapa gembirakan anak-anak dia, tak dapat duit, dapat musang king pun Alhamdulillah.

“Moralnya, sayang dan hargailah ayah ibu yang membesarkan kita dan kita tidak tahu apa yang telah mereka lalui untuk pastikan dimana kita hari ini,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI