fbpx

Prestasi Real resahkan Ancelotti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE mempamerkan aksi terbaiknya ketika sesi latihan dan berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan menentang PSG awal pagi esok. – AFP

MADRID – Real Madrid tidak berada dalam keadaan terbaik menjelang pusingan 16 pasukan terbaik saingan Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Prin­ces awal pagi esok.

Apa tidaknya, pendahulu La Liga itu hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan ter­akhir selain diikat seri tanpa ja­ringan ketika bertemu Villarreal Sabtu lalu.

Jurulatih Los Blancos, Carlo Ancelotti mengakui, beliau bimbang dengan prestasi semasa yang ditampilkan pasukan itu, lebih-lebih lagi kapten, Karim Benzema masih bergelut dengan tahap kecergasan.

“Kami tidak dapat menja­ringkan gol dalam perlawanan terakhir dan ia sangat membimbangkan saya. Kami memiliki tiga peluang terbaik untuk menja­ringkan gol ketika bertemu Villarreal tetapi gagal memanfaatkannya.

“Saya harap kami boleh tampil lebih tajam apabila berdepan PSG dalam saingan Liga Juara-Juara nanti.

“Selain itu, pemain-pemain juga perlu bermain lebih agresif berbanding sebelum ini,” kata pengendali dari Itali itu.

Pada masa sama, beliau turut memberi bayangan pemain sayap, Gareth Bale mungkin diberi kepercayaan ketika bertemu PSG selepas menunjukkan aksi cukup baik menentang Villarreal.

“Saya belum pasti sama ada Bale akan bermula dalam kese­belasan utama ataupun tidak, tetapi dia menunjukkan kesungguhan dan sangat berbahaya ketika menyerang. Saya akan buat keputusan sebelum perlawanan bermula,” ujar Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI