fbpx

Rhea Chakraborty lepasi waktu sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rhea Chakraborty

SELEPAS dua tahun berehat, pelakon Rhea Chakraborty akhirnya kembali mewarnai industri seni hiburan Bollywood dengan beberapa projek baharu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya baru-baru ini, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi beberapa keping foto sedang melakukan rakaman suara dalam studio untuk sebuah rakaman program radio.

“Saya kembali bekerja selepas dua tahun. Terima kasih kepada anda kerana kekal menyokong ketika saya perlu melalui waktu sukar.

“Apa pun yang terjadi, matahari akan terus bersinar dan jangan berputus asa,” katanya.

Keputusan Rhea untuk kembali aktif dalam bidang seni disambut baik rakan-rakan artis dan juga peminatnya yang sudah lama menunggu kemunculannya semula.

Terdahulu, pelakon filem Chehre itu mengambil keputusan untuk berehat kerana terlalu sedih selepas teman lelakinya yang juga pelakon, Sushant Singh Rajput ditemui mati di kediamannya di Mumbai, India pada 14 Jun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI