KAJANG – Perbuatan sepasang kekasih dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah membawa padah apabila ditahan polis di sebuah hotel, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya membuat tangkapan keatas kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an pada pukul 12.30 tengah hari.
“Hasil tangkapan polis menemui 13 plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dianggarkan bernilai kira-kira RM2,379,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut beliau, suspek lelaki terbabit disyaki telah lama menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini.
“Pasangan kekasih itu telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -KOSMO! ONLINE