PETALING JAYA – Gambar-gambar percutian selebriti sering menjadi sorotan peminat dan netizen lebih-lebih lagi sekiranya lokasi tersebut sangat menarik untuk dikunjungi.
Bagaimanapun, lain halnya yang berlaku terhadap pelakon Puteri Aishah apabila gambar percutiannya ke sebuah pulau peranginan menerima kecaman netizen.
Semuanya gara-gara tindakan pelakon itu memuat naik gambar memakai baju tanpa dipadankan dengan seluar sehingga dianggap mencolok mata.
Dalam foto tersebut, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu memakai baju mandi paras paha dan mengikat sehelai selendang nipis pada pinggang sebagai skirt.
Perkongsian Puteri, 28, pantas mengundang komen teguran daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat aksi berani pelakon itu yang tidak memakai seluar.
“Seksanya. Tak pakai seluar ke tu,” komen seorang netizen.
Tak kurang juga, ada dalam kalangan netizen yang menegur pelakon itu semakin seksi selepas mendirikan rumah tangga.
Sepatutnya kata mereka, pakaian seseorang wanita itu mestilah sopan lebih-lebih lagi selepas mempunyai suami yang boleh menegur perbuatan isterinya.
“Sepatutnya dah ada suami, pakaian lebih elok dari sebelum ini. Mana suaminya? Tak malu ke tengok aurat isteri jadi tatapan umum? Nak kena tanggung dosa lagi. Allahuakbar,” tegur seorang lagi netizen lain.
Biarpun bertubi-tubi dihujani kecaman, pelakon itu dilihat langsung tidak memadam ataupun memberi sebarang respons terhadap semua komen negatif netizen.
Untuk info, Puteri mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Firdaus Sulaiman pada 20 November tahun lalu selepas tiga tahun berkenalan. – KOSM0! ONLINE