fbpx

TH peruntuk RM2.3 juta sumbang 25 van kepada rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad diiringi Azman Mokhtar membuat simbolik penyerahan replika kunci van kepada penerima rumah kebajikan terpilih di perkarangan Menara Tabung Haji Tun Razak di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menyumbang sebanyak 25 buah van penumpang ke rumah-rumah kebajikan terpilih di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2.3 juta melalui Program Mobiliti Tabung Haji.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Program Mobiliti TH telah dilancarkan pada tahun 2016 membuat agihan kenderaan pelbagai fungsi atau van serbaguna kepada masjid-masjid untuk pengurusan jenazah dan aktiviti agama penduduk kariah.

“Program Mobiliti TH telah menyumbang lebih 56 buah kenderaan van kepada masjid-masjid terpilih di seluruh negara untuk manfaat lebih 200 ribu kariah.

“Pada tahun 2021, penerima program ini telah diperluaskan ke rumah-rumah amal dan persatuan kebajikan di seluruh negara seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membantu memudahkan pergerakan semasa menjalankan aktiviti dan program.

“Di bawah Program Mobiliti TH 2021, sebanyak 25 unit van penumpang dengan peruntukan berjumlah RM2.3 juta akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan dan persatuan terpilih yang berdaftar di seluruh negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perdana Serahan Van Program Mobiliti TH di Dewan Besar Menara Tun Razak di sini hari ini.

Jelasnya, pihak TH akan memperluaskan penerima sumbangan bagi membantu permudahkan urusan pihak-pihak tertentu pada tahun ini.

“Melalui sumbangan 25 buah van penumpang ini, seramai 1,582 orang yang terdiri daripada penghuni badan kebajikan tersebut akan menerima manfaat untuk kegunaan pengangkutan yang selesa buat mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, pihak TH turut memperuntukkan sebanyak RM19 juta wang zakat bagi melaksanakan program-program lain seperti Program Ehsan, Ikhtiar dan A’fiat.

“Program-program kemasyarakatan ini adalah selaras dengan visi dan misi TH dalam pembangunan sosioekonomi ummah dan negara,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI