fbpx

Iqbal tersingkir sebab tiada bakat nyanyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan selebriti kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli terpaksa akur selepas menjadi peserta pertama disingkirkan dalam program Big Stage musim keempat (BS4) malam tadi, sekali gus memberi kelegaan pada ramai pihak.

Iqbal, 28, yang menyampaikan lagu Ketahuan oleh Matta Band hanya memperoleh markah sebanyak 9.2 peratus.

Turut berada di kedudukan tiga terendah ialah penyanyi Megat Rahim dengan markah sebanyak 45 peratus dan Lia Aziz (46.8

Konsert minggu kedua yang bertemakan Heartbeat menyaksikan penyanyi Elica Paujin memperoleh kedudukan tempat pertama dengan markah sebanyak 84.6 peratus.

Juri tetap BS4, Ajai ketika memberikan komen terhadap persembahan Iqbal berterus terang bahawa lelaki itu tidak dilahirkan untuk menjadi penyanyi.

“Awak ada duit, tapi tiada bakat untuk menyanyi. Bakat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” kata Ajai.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dalam komennya berterus-terang bahawa Iqbal tidak layak untuk berada di pentas BS4.

Konsert minggu kedua turut menyaksikan penyanyi dangdut Mas Idayu kekal sebagai Juri Pedas dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida mengekalkan kerusi Presiden Netizen. Penyanyi Aina Abdul pula diundang sebagai Juri Juara.

Pada minggu lalu, penglibatan Iqbal dalam program BS4 sebagai peserta menerima kritikan hebat bukan sahaja dalam kalangan netizen, bahkan juga artis. -K! ONLINE

-HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI