fbpx

Pusat hiburan, pelanggan langgar SOP dikompaun RM81,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 81 individu termasuk pihak pengurusan pusat hiburan dikompaun ketika serbuan dilakukan di Plaza Damansara, Bukit Damansara, di sini malam tadi.

KUALA LUMPUR – Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP), sebuah pusat hiburan tanpa lesen termasuk pelanggan dikenakan kompaun berjumlah RM81,000 ketika serbuan dilakukan di Plaza Damansara, Bukit Damansara, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 11.24 malam.

“Ketika serbuan, penjaga premis berusia 31 tahun dan enam pekerja warga asing berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen.

“Pihak polis turut menahan empat pelanggan yang terdiri daripada seorang wanita warga asing berusia 21 tahun dan tiga lelaki warga asing berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun kerana melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Secara keseluruhan, seramai 55 lelaki dan 26 wanita tempatan dikompaun kerana gagal mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara 2021 membabitkan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM81,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, beberapa barang kes turut dirampas antaranya resit perniagaan, risalah senarai harga, minuman keras, monitor, papan kekunci, aksesori dan peralatan muzik.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

Jelasnya, siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) (PPN) Fasa 4 2021 dan Seksyen 22(b) Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI