fbpx

Tembok taman tema di Bangi runtuh akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian ribut yang dipercayai di sebuah taman tema kawasan Bangi menunjukkan berlaku runtuhan tembok dikongsi seorang pengguna media sosial mengejutkan pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan runtuhan tembok di taman tema air popular yang dipercayai di Bangi Wonderland Theme Park and Resort mengejutkan netizen.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial Amirul Wan, video tersebut menunjukkan sebahagian binaan konkrit di bahagian luar taman tema itu runtuh sehingga memenuhi bahagian tepi jalan raya menuju ke kawasan bangunan bersebelahan.

“Allahuakbar, akibat angin kuat. Semoga Allah melindungi kita semua. Ameen,” tulisnya di laman Facebook.

Selain itu, seorang pengguna media sosial Zairul Naim turut berkongsi di ruangan komen video terbabit, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sementara itu, pengguna media sosial lain turut meninggalkan komen di hantaran perkongsian video tersebut, mendakwa mereka baru sahaja melalui kawasan runtuhan tersebut dan menyatakan berlaku di taman tema Bangi Wonderland.

“Betul baru berlaku. Boleh tengok sliding (gelongsor) tanpa pagar,” tulis Balkis Ahmad.

“Baru lalu di kawasan ni tadi, di Bangi Wonderland,” jelas Ida Ahmad.

“Ya Allah, baru sahaja lepas mandi di sini bawa anak-anak, tidak sangka boleh jadi kejadian ribut seperti ini,” kongsi Siti Haliza. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI