fbpx

Bekalan ayam, telur di pasaran meningkat lebih 90 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) melawat ladang ternakan ayam di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Bekalan ayam dan telur menunjukkan sedikit peningkatan di pasaran seluruh negara selepas subsidi harga diperkenal kepada penternak sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM).

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya setakat semalam, bekalan ayam meningkat sebanyak 90 peratus dan telur sebanyak 93 peratus berbanding 85 peratus sebelum ini.

Katanya, KPDNHEP akan meneruskan pemeriksaan bagi memastikan bekalan ayam dan telur berada pada tahap yang lebih baik untuk pengguna.

“KPDNHEP akan melakukan pemantauan setiap hari di lebih 2,700 pusat pemantauan runcit di seluruh negara.

“Kita dapati bilangan premis yang menjual dan membekalkan ayam kepada pengguna mula bertambah dengan baik. Jadi, kita berharap pertambahan bekalan akan dapat diteruskan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam, Lepan Jaya Farm Sdn. Bhd di Kampung Lepan Jaya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI