fbpx

Mayat bayi mangsa bunuh diserah kepada pejabat agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan siasatan di sebuah rumah yang disyaki lokasi bayi tersebut ditikam sampai mati baru-baru ini.

KEMAMAN – Siasatan terhadap mayat bayi lelaki yang dipercayai mati ditikam ibunya berusia 15 tahun akhirnya selesai hari ini setelah lima hari ditempatkan di Unit Forensik, Hospital Kemaman di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat bayi itu akan diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman untuk tujuan pengebumian pada masa terdekat.

“Kita telah mengeluarkan surat penyerahan (mayat bayi) kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman pada hari ini.

“Saya difahamkan urusan menuntut jenazah bayi itu di Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk dikebumikan akan dilakukan setelah perbincangan dilakukan bersama ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hanyan berkata, perkembangan siasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berjalan lancar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI