fbpx

Aniqma bantu tingkat taraf hidup pengedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHANA, (kiri), Aspahanum, Intan Nordia (dua dari kanan) bersama Norazrah menunjukkan hadiah kepingan emas dan cenderahati yang diterima mereka di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Pernah diperlekehkan masyarakat kerana menjual bantal sebagai mata pencarian untuk menambah duit poket tidak melemahkan hasrat seorang usahawan untuk terus gigih berusaha.

Ibu tunggal, Suhana Ahmad Tajri, 39, dari Kluang, Johor tidak mahu menjadikan cemuhan itu sebagai kudis tetapi membuatkan ia satu cabaran untuknya melangkah lebih jauh lagi dalam dunia perniagaan.

Langkah kanannya dengan memilih bantal keluaran syarikat Aniqma Baraqah Resources (Aniqma) ternyata tepat kerana produk tersebut memiliki keunikannya tersendiri selain kualiti dengan corak bantal itu yang sangat menarik, serta jenamanya yang kukuh di pasaran tempatan.

Berkat usaha beliau yang juga bekerja sebagai petugas am di FGV Holdings Berhad itu dapat menjual lebih daripada 400 unit bantal dalam tempoh tiga bulan sahaja telah membolehkan Suhana dilantik menjadi Leader dan seterusnya kepada Master Lead Division.

Lebih menarik, Suhana menghias bantal menjadi satu pek cen­derahati sebagai hadiah bersempena hari jadi, hadiah pertunangan atau juga perkahwinan mengikut tempahan pelanggan.

Beliau adalah antara kumpulan Master Lead Division Aniqma yang diraikan dalam satu maj­lis ringkas di sebuah hotel di sini baru-baru ini atas penca­paian mencatat prestasi jualan memberangsangkan setiap bulan.

Turut hadir adalah Pengasas Aniqma, Azhar Aziz.

Selain itu, seorang petugas barisan hadapan di Perak, Intan Nordia Mohamad Ali memberitahu, hasrat awalnya yang mahu membeli bantal dan cadar Aniqma untuk kegunaan sendiri tidak menyangka perkongsian kisah dan gambar menarik tentang produk tersebut mendapat perhatian rakan dan jirannya.

Bermula di situ beliau menjadi peniaga dropship dan memenuhi pesanan mereka sehingga mampu menjana pendapatan yang baik setiap bulan.

Intan Nordia, 38, yang tiada pengalaman berniaga itu terus berusaha belajar hari demi hari mengenai rentak perniagaan dan menggunakan platform media sosial untuk memasarkan produk .

“Saya berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh ibu pejabat iaitu lebih daripada 400 unit bantal dalam tempoh singkat kemudian dinaikkan pangkat ke peringkat Lead Division dan hasilnya pendapatan juga bertambah setiap bulan.

“Kini saya memiliki hampir 10 peniaga dropship dan pastinya jumlah peniaga baharu akan bertambah kerana permintaan terhadap bantal Aniqma terus meningkat,” jelasnya.

Seorang lagi pengedar, Aspahanum Ahmad, 49, dari Negeri Sembilan pula memiliki keunikannya tersendiri untuk lebih berdaya saing dalam perniagaan mengedar bantal A­niqma melalui cara membantu peniaga dropship yang tidak memiliki modal untuk lebih aktif mempromosikan produk.

Surirumah yang telah me­n­yertai Aniqma sejak tahun 2017 itu terus setia membim­bing peniaga di bawahnya khusus yang tidak memiliki modal diberikan ‘pinjaman’ berupa 10 unit bantal buat permulaan untuk membolehkan mereka melangkah dengan lebih berani ke depan.

Tidak memikirkan isu risiko atau ditipu, kepercayaan terhadap ama­nah dan rezeki dari Allah membuatkan niat murni Aspahanum berjaya membantu mengubah 10 peniaganya de­ngan mencatat jualan tertinggi dan te­rus aktif mengedar bantal Aniqma sehingga kini.

“Konsep ini secara keseluruhannya akan dapat membantu kumpulan pengedar berkongsi rezeki serta hasilnya akan dapat dimanfaatkan oleh semua individu,” ujarnya.

Selain itu, Norazrah Misnon, 42 dari Kota Tinggi, Johor pula tidak menyangka, kedatangan mengejut adik beradik untuk bermalam di rumahnya sehingga terpaksa membeli bantal-bantal Aniqma daripada jirannya yang juga seorang pengedar, telah membolehkan beliau menceburi lebih aktif dalam perniagaan.

Menurutnya, maklum balas positif daripada tetamu yang tidur menggunakan bantal kerana­ ia cukup selesa, lembut dan berkualiti itu menjadi pencetus semangatnya memilih produk itu sebagai pendapatan tambahannya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah sekolah.

Wanita ini pernah aktif mencuba bidang pembuatan brow­nies di rumah sehingga me­nimbulkan rasa bosan untuk meneruskannya sebaliknya melihat jualan bantal lebih berpotensi kerana mudah dijual malah tidak cepat rosak seperti jualan makanan.

“Jualan bantal memberi ke­puasan kepada saya kerana dapat membantu pelanggan menikmati tidur yang lebih baik sebelum ini,” jelasnya.

“Dalam tempoh empat bulan sahaja, saya berjaya meraih pendapatan lima angka dan kemudian dinaikkan kepada peringkat Lead Division sehingga dinobatkan sebagai pengedar nombor satu kerana mencatat jualan ter­tinggi dalam kumpulan kami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI