fbpx

Zuhri kecewa gagal bantu Selangor Pistons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUHRI (tengah) mengakui gagal memberikan aksi terbaik ketika menentang ATM kelmarin kerana tidak dapat mengekalkan keyakinan selain berasa gugup.

GUGUP menjadi punca utama tekong Selangor Pistons, Zuhri Muhammad Zain gagal untuk menampilkan aksi sebenar ketika tewas 0-2 kepada ATM Guardians dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Titi­wangsa, Kuala Lumpur itu, ATM bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan straight-set 22-20, 21-14 ke atas skuad kendalian Mohd. Zamzee Zainuddin itu.

Zuhri berkata, Selangor memulakan perlawanan de­ngan langkah kanan apabila menampilkan aksi cukup me­yakinkan sebelum mensia-siakan kelebihan mata dan membenarkan ATM mengejar dan sekali gus memenangi permainan.

“Sebenarnya, pada awal permainan hari ini (kelmarin) kami bermain sangat baik dan turun dengan penuh keyakinan untuk memburu kemenangan. Bagaimanapun, ketika penghujung set pertama, kami agak tertekan kerana pasukan lawan berjaya merapatkan mata.

“Kemudian, saya pula de­ngan tiba-tiba menjadi gugup dan tidak dapat mengekalkan keyakinan. Saya anggap kami tidak ada rezeki untuk menca­tat kemenangan pada perlawanan ini,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Aksi terumbang-ambing yang ditunjukkan Zuhri sekali gus memaksa barisan kejurulatihan Selangor mengeluarkan dia dan menggantikannya de­ngan Muhammad Haziq Hairul Nizam.

Tambah Zuhri, dia tidak berdepan sebarang masalah kecergasan, namun aksinya kurang menjadi mungkin di­sebabkan oleh teknik yang tidak menjadi ketika me­ng­ang­kat servis pasukan lawan.

“Ketika dikeluarkan, saya masih tidak boleh tenangkan diri dan sukar untuk cari apa kelemahan yang ada. Mungkin selepas ini, saya perlu tingkatkan teknik seperti sentuhan pertama bagi lebih mudah mengangkat servis daripada pihak lawan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI