fbpx

AJL36 tetap berlangsung 6 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anugerah Juara Lagu (AJL36) tetap dijadualkan berlangsung pada 6 Mac depan.

PETALING JAYA – Biarpun negara masih dibelenggu permasalahan tidak berpenghujung dengan peningkatan kes baharu harian Covid-19, acara muzik paling berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tetap dijadualkan berlangsung pada 6 Mac nanti.

Pengumuman penganjuran AJL36 dikeluarkan hari ini menerusi program hiburan, Melodi yang bersiaran secara langsung tengah hari tadi.

Tahun ini, AJL36 masih akan bersiaran dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Dalam keterujaan meraikan dan menobatkan karya muzik terbaik tanah air sepanjang tahun 2021, pihak TV3 dan produksi bagaimanapun akan memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika acara berlangsung.

Hal ini kerana supaya penganjuran dijalankan secara terancang, sempurna dan selain memastikan aspek keselamatan warga kerja terlibat dijaga baik.

AJL36 akan menyaksikan pertarungan sengit 12 karya muzik terbaik tanah air iaitu Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir, Noki) dan Salahku (Yonnyboii).

Enam karya lain yang turut bertanding adalah Sepi (Aina Abdul) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar), Mimpi (Haqiem Rusli), Lara (Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI