fbpx

Neise bantu Jerman kuasai acara gelongsor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEISE

BEIJING – Atlet Jerman, Hannah Neise membantu kontinjen negaranya terus menampilkan aksi cemerlang pada Sukan Olim­pik Musim Sejuk 2022 apabila merangkul pingat emas menerusi acara skeleton wanita di Pusat Sliding Nasional Yanqing kelmarin.

Kemenangan itu memastikan Jerman menyapu bersih enam pingat emas dalam disip­lin gelongsor, sekali gus menjadikan mereka antara yang terbaik pada edisi kali ini.

Dalam acara skeleton wanita itu, Neise melakukan catatan masa keseluruhan 4:07.62 saat (s) untuk meraih emas, 0.62s lebih pantas berbanding pemenang pingat perak, Jaclyn Narracott dari Australia, manakala gangsa menjadi milik atlet Belanda, Kimberley Bos.

“Sejak awal saingan lagi saya dapat rasakan keyakinan yang cukup tinggi, namun tidak sangka mampu memenangi pingat emas. Sukar untuk digambarkan mengenai perasaan saya ketika ini.

“Sudah tentu kemenangan ini sangat bermakna untuk saya serta atlet-atlet skeleton. Dalam edisi-edisi terdahulu, tidak banyak pingat emas yang kami raih tetapi kali ini, tuah memihak kepada Jerman,” kata Neise.

NEISE membantu Jerman meraih pingat emas keenam menerusi disiplin gelongsor dalam acara skeleton pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. – AFP

Sebagai rekod, dia memenangi pingat emas acara tersebut pada usia 22 tahun, sekali gus menjadikan Neise sebagai atlet wanita paling muda memenangi pingat emas dalam sukan yang didominasi atlet lingkungan 30-an itu.

Sementara itu, pemenang pingat perak, Narracott menjadi atlet wanita pertama yang tidak berasal dari Eropah dan Amerika Utara memenangi pingat dalam sukan gelongsor tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI