fbpx

Lelaki ‘lembut’ terjun kolam elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berperwatakan wanita terjun ke dalam kolam bagi mengelak ditahan imigresen di sebuah ladang ketum di Kampung Candeang, Naka pada malam semalam.

KUALA NERANG – Seorang lelaki berperwatakan wanita bertindak terjun ke dalam kolam bagi mengelak dicekup anggota Jabatan Imigresen (JIM) di sebuah ladang ketum di Kampung Candeang, Naka dekat sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 malam itu, lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 20-an terbabit menangis dan enggan keluar dari kolam sedalam satu meter walaupun dipujuk anggota imigresen hampir 15 minit.

Seorang anggota imigresen kemudian terpaksa masuk ke dalam kolam tersebut bagi membawa keluar warga asing berkenaan yang berambut panjang paras pinggang.

Difahamkan, ketika serbuan dia berada di dalam khemah yang didirikan berhampiran kolam dan sedang sibuk membungkus daun ketum dipercayai untuk diseludup.

Dia bersama lima wanita dan bayi perempuan yang tinggal di ladang ketum berkenaan kemudian ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Timbalan Pengarah JIM negeri (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, serbuan diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi JIM negeri serta Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Mohamad Rizal Ramli itu dilakukan hasil risikan dan juga maklumat awam.

Katanya, dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Nerang dan Kepala Batas itu seramai 22 individu ditahan kerana tinggal lebih masa selain dikesan masuk ke negara ini tanpa sebarang pas sah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI