fbpx

Maik sasar kutipan zakat RM215 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rizam (tengah) menyampaikan cenderamata kepada petugas media pada Majlis Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Maik Bagi Tahun 2021 di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM215 juta sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan zakat sebanyak 3.7 peratus itu ditetapkan berdasarkan kutipan zakat pada tahun lalu iaitu lebih RM210 juta dan lebih RM202 juta pada tahun 2020.

Menurutnya, meskipun masih berada dalam pandemik Covid-19, Maik yakin sasaran itu mampu dicapai kerana sektor ekonomi ketika ini tidak terganggu.

“Segmen terbesar penerimaan zakat Maik sebelum ini adalah daripada zakat pendapatan iaitu lebih RM126 juta, zakat perniagaan (RM39 juta) dan zakat wang simpanan (RM19 juta) iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding tahun 2020 iaitu lebih RM14 juta.

“Bagi zakat pertanian, padi, ternakan, saham, zakat emas, perak, zakat qada dan zakat harta pula keseluruhannya berjumlah lebih RM14 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Maik Bagi Tahun 2021 di Hotel The Grand Renai di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI