fbpx

e-Agihan mudahkan urusan permohonan bantuan Maik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rizam (kanan) menandatangan plak semasa melancarkan sistem e-Agihan pada Majlis Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Maik Bagi Tahun 2021 di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memperkenalkan sistem e- Agihan iaitu bantuan secara dalam talian bagi menggantikan sistem permohonan secara manual sebelum ini yang menggunakan borang.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sistem tersebut dibahagikan kepada dua iaitu Sistem Permohonan Bantuan dan Sistem Kelulusan Permohonan Bantuan yang dijalankan secara dalam talian bermula hari ini.

Menurutnya, sistem itu melibatkan program bantuan Maik iaitu Bantuan Tetap Bulanan, Bantuan Pembangunan Asnaf, Bantuan Am, Bantuan Rawatan Perubatan, Bantuan Persekolahan Bantuan Melanjut Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Bantuan Pelajar Pondok Dan Tahfiz, Bantuan Hari Raya, Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman dan Bantuan Rumah Kediaman.

“Selain itu, Biasiswa Tengku Anis Maik, Bantuan Rawatan Dan Perubatan (Projek Khas), Program Pengajian A Level Dan Ijazah Dalam Dan Luar Negara, Program Pengajian Diploma Dan SKM, Program Biasiswa Sultan Ismail Petra, Bantuan Kepada Gharimin, Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) dan Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke IPT-Fisabilillah juga boleh dimohon menerusi e-Agihan.

“Permohonan tersebut akan disaring dan ditapis melalui maklumat had kifayah dan syarat-syarat kelayakan. Pemohon yang melepasi saringan tersebut adalah dikategorikan layak untuk meneruskan permohonan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI