fbpx

Tidak ada sekatan buka bazar Ramadan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang akhbar selepas hadir sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) di Hotel Hilton di sini, hari ini. FOTO : FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menyekat pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, perbincangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum ditentukan.

“Saya pernah menyebut bahawa bazar Ramadan atau pasar malam masih akan dibuka seperti biasa. Saya percaya, sampai masanya nanti (bulan Ramadan) keputusan yang sama masih akan dikekalkan.

“Untuk SOP nanti, kita akan dapatkan daripada KKM. Yang penting, kita mahu menjaga keselamatan rakyat, walaupun kita akan buka perniagaan seperti biasa keselamatan dan kesihatan perlu dijaga,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais Asean (ARFF) hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang YuJing.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, pihaknya bercadang untuk mengadakan lawatan kerja ke negara Timur Tengah pada akhir bulan Mac dan seterusnya ke China pada Mei depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI