fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir kesemua negeri di Semenanjung menunjukkan keadaan cuaca cerah pagi ini kecuali di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di YouTube berkata, hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku sekitar kawasan Kapit di Sarawak dan pendalaman Sabah.

“Keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga tengah hari ini sahaja.

“Selain itu, bagi tinjauan cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca ribut petir dan hujan lebat hampir keseluruhan negeri di Semenanjung,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, ribut petir serta hujan lebat mungkin akan berlaku terutamanya sekitar utara dan barat negeri semenanjung.

“Keadaan tersebut dijangka berlanjutan sehingga lewat malam ini.

“Manakala di Sabah, cuaca mendung tertumpu di daerah Kota Kinabalu,” ujarnya.

Kata MetMalaysia, di Sarawak, masih terdapat beberapa kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini.

“Pada sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk bakal melanda kawasan Kapit, Miri dan Limbang di negeri Sarawak sehingga lewat malam nanti,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI