fbpx

Remaja 14 tahun maut terjatuh dari tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa, di Taman Tun Teja, Rawang dekat sini semalam.

GOMBAK – Seorang remaja wanita ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa, di Taman Tun Teja, Rawang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Balai Polis Rawang telah terima panggilan berkenaan kejadian itu lebih kurang pukul 3 petang.

“Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa yang memakai seluar pendek berwarna biru dan baju hitam berada dalam keadaan tertiarap di bawah blok berkenaan.

“Mangsa yang merupakan warga tempatan itu disahkan telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang berumur 14 tahun itu dikatakan tinggal bersama ibu saudaranya di tingkat dua rumah pangsa berkenaan sejak kematian ibu kandungnya pada dua tahun lalu.

“Bagaimanapun kita tidak menjumpai sebarang notis ditinggalkan mangsa sama ada di rumah atau di tempat kejadian,” ujarnya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hassim di talian 03-60916222 bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI