fbpx

Bantuan pasca banjir Ar-Rahn bermakna buat mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMILAN ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir di Bukit Piatu dekat Bentong semalam.

BENTONG – Bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang masih bergelut dalam meneruskan kelangsungan hidup, syarikat pajak gadai Islam Ar-Rahn milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) tampil menghulurkan sumbangan pasca banjir kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Pengurus Besar PKB, Ramilan Abdul Rahman kepada mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada kakitangan Ar-Rahn, pelanggan dan juga masyarakat setempat.

Ramilan berkata, program melibatkan peruntukan sebanyak RM65,000 itu melibatkan 150 mangsa banjir daripada empat daerah di negeri ini iaitu Kuantan, Temerloh, Raub dan Bentong.

“Walaupun hampir dua bulan berlalu namun mangsa banjir masih memerlukan bantuan kerana mereka masih terbeban dalam meneruskan kelangsungan hidup, jadi sumbangan ini diharap dapat membantu mereka.

“Program ini adalah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pelancaran Tabung Bantuan Mangsa Banjir #arrahnCAKNA bermula 1 Januari 2022 hingga 1 Februari 2022,”katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Sumber Manusia PKB, Anis Ismail dan Pengurus Ar-Rahn Bentong, Mohd. Ekhwan Zakaria.

Dalam pada itu seorang penerima, M. Athiappan, 58, berkata, sumbangan wang tunai yang diterima amat bermakna sekali kepadanya yang terkesan teruk akibat bencana banjir yang menenggelamkan rumahnya.

Katanya, bantuan itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan keluarga seperti pakaian anak-anak dalam meneruskan kehidupan.

“Saya tidak sangka syarikat pajak gadai Islam Ar-Rahn akan membantu saya dan saya mengucapkan terima kasih serta akan menggunakan bantuan ini untuk keperluan penting keluarga.

“Bagi saya kehadiran syarikat ini memberikan bantuan dalam pasca banjir amat signifikan memandangkan pada masa ini sudah tidak banyak bantuan tetapi mangsa banjir amat memerlukan bantuan dan sokongan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI