fbpx

Dua parah, 15 cedera treler rempuh bas kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan sebuah treler dan bas kilang di Jalan Perusahaan Prai, Seberang Perai hari ini

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu bas kilang cedera parah apabila kenderaan yang dipandunya dirempuh oleh sebuah treler yang datang dari arah bertentangan di Jalan Perusahaan Perai di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu berlaku ketika treler tanpa muatan yang menghala ke utara itu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Treler itu dikatakan merempuh sebuah bas kilang yang membawa kira-kira 21 penumpang di laluan bertentangan sebelum berlaku satu dentuman yang kuat berlaku akibat perlanggaran itu.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd. Fakharurazi Md. Rejab, turut cedera dalam nahas itu adalah pemandu treler dan 15 penumpang bas tersebut yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu, bomba terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ada dalam kalangan mangsa telah keluar daripada bas yang terbalik itu.

“Pada masa yang sama, kedua-dua pemandu berada dalam keadaan tersepit dan kami terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Akibat kemalangan itu juga, polis terpaksa menutup jalan buat sementara waktu iaitu sehingga kerja-kerja mengalihkan kedua-dua kenderaan itu selesai dijalankan.

Dalam pada itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi berkata, ketika kejadian dia sedang berada di pejabat yang terletak bersebelahan lokasi kemalangan.

“Bunyi dentuman itu sangat kuat dan saya terus berlari turun untuk melihat apa yang berlaku walaupun kejadian itu berlaku di sebalik pagar tempat saya bekerja.

“Kejadian itu berlaku terlalu cepat, namun mujurlah tidak ada yang meninggal dunia,” katanya yang memberitahu, dia sempat melihat beberapa penumpang bas keluar melalui pintu kecemasan dalam keadaan berdarah selepas kemalangan itu berlaku. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI