fbpx

Kerajaan setuju lantik belia Felda dalam Ahli Lembaga Pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) menyampaikan watikah pelantikan pada Majlis Makan Malam bersama generasi Felda dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melantik wakil belia Felda dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda bagi mengiktiraf golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan itu dibuat bagi membolehkan belia FELDA dapat membangunkan negara bersama.

“Gunakan platform ini untuk menjadi rakan pembina negara serta mampu berperanan sebagai pertubuhan belia yang memiliki model kemandiriannya sendiri seperti yang dicita-citakan dalam Dasar Belia Malaysia.

“Pertubuhan belia boleh berdiri sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Generasi FELDA dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), RM200,000 untuk Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) dan RM100,000 untuk Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA).

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan jawatan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Felda disambung bagi tempoh dua tahun lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI