fbpx

OKU ‘Ceni’ maut terjatuh sebelum dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI OKU maut apabila dilanggar lori selepas tergelincir dari batu penghadang jalan di pekan Pantai Remis pagi tadi.

BERUAS – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang selalu berdiri di penghadang jalan persimpangan lampu isyarat di pekan Pantai Remis maut dilanggar lori pagi tadi.

Difahamkan mangsa, Mohd. Fadil Kamarudin,45, atau nama panggilannya, Ceni, sering berdiri di lokasi tersebut pada masa tertentu.

Pengguna kenderaan yang bersimpati dengan lelaki kurang siuman itu biasanya akan menghulurkan wang kepadanya apabila berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat dekat premis Public Bank kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang berada pada batu penghadang jalan dipercayai tergelincir dan jatuh ke atas jalan.

“Selepas itu, badan mangsa terkena tayar belakang sebuah lori menyebabkannya cedera pada bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nor Omar, pemandu lori berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan manakala pejalan kaki dipercayai kurang siuman.

Jelas beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI