fbpx

Jit Murad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penulis, pelakon dan aktivis teater terkenal, Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan disahkan meninggal dunia, hari ini.

Khabar sedih itu dikongsi beberapa rakan seperjuangannya termasuk Que Haidar, Redza Minhat, Maya Karin, Francissca Peter dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Bagaimanapun, punca kematian aktivis seni yang memulakan karier sejak 1980-an itu belum dapat disahkan.

Allahyarham yang juga abang kepada penerbit filem, Na’a Murad merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.

Anak jati Kuala Lumpur lulusan Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana Seni Sejarah dari San Francisco mempunyai repertoire tersendiri dalam dunia perfileman, televisyen serta pementasan teater.

Ketika aktif berkarya, Allahyarham antara generasi muda yang merancakkan arena teater tempatan selepas menamatkan  pengajian di luar negara.

Pada 1989, Allahyarham menjadi pengasas bersama Instant Cafe Theatre yang direalisasikan dengan sahabat baiknya, Jo Kukathas, Andrew Leci serta Zahim Albakri.

Syarikat tersebut merancakkan senario pembikinan seni pementasan teater tempatan hingga melonjakkan teater Malaysia ke tahap lain.

Sudah pasti kredibilitinya selaku penulis dan penerbit teater hebat diperakui ramai. Antara produksi dinamik yang turut dibintanginya The Storyteller (1996) dan Gold Rain and Hailstone (2002).

Karya tulisan dan lakonan Allahuarham, Spilt Gravy On Rice terbitan 2002 juga berjaya meraih empat trofi utama dalam Anugerah Boh Cameronian 2003.

Dalam arena perfileman, anak seni berusia 62 tahun itu pernah muncul menerusi filem  Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI