fbpx

Penunjuk perasaan tidak peduli perintah mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG peserta tunjuk perasaan memegang sepanduk ketika berdiri di hadapan beberapa buah trak yang diletakkan di luar bangunan Parlimen di Ottawa, kelmarin. – AFP

OTTAWA – Hakim di Kanada mengeluarkan perintah injuksi kepada bandar Windsor di Ontario serta sebuah persatuan pembuatan bagi membolehkan polis meleraikan sekatan jalan raya yang didirikan oleh penunjuk perasaan di Jambatan Ambassador, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Jambatan berkenaan menghubungkan Kanada dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, selepas waktu akhir yang diberikan kepada penunjuk perasaan untuk bersurai iaitu pada pukul 7 petang (waktu tempatan), berpuluh-puluh daripada mereka didapati tidak menghiraukan perintah mahkamah.

Selepas pukul 9 malam, ramai lagi penunjuk perasan masih berkumpul di persimpangan antarabangsa paling sibuk di Amerika Utara itu termasuk kanak-kanak.

Mereka mengibarkan bendera Kanada, memainkan muzik, menari dan melaungkan pelbagai slogan ketika kereta-kereta polis diletakkan berhampiran lokasi tersebut. 

Beberapa pegawai termasuk Perdana Menteri, Justin Trudeau memberi amaran kelmarin bahawa tunjuk perasaan itu perlu dihentikan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada kedua-dua kawasan sempadan Kanada dan Amerika Syarikat (AS).

“Jika anda menyertai tunjuk perasaan kerana sudah letih berdepan dengan Covid-19, anda perlu faham bahawa anda melanggar undang-undang.

“Sudah pasti anda tidak mahu kehilangan lesen memandu dan mempunyai rekod jenayah yang mana akan memberi kesan kepada pekerjaan serta kehidupan anda,” kata Trudeau dalam satu sidang akhbar kelmarin.

Polis Windsor memberi amaran bahawa sesiapa yang didapati menghalang jalan-jalan raya akan disabitkan dengan kesalahan jenayah dan boleh ditangkap serta didakwa. 

Hukuman bagi kesalahan berkaitan tunjuk perasaan itu boleh membawa kepada larangan melintas sempadan AS. 

Dalam pada itu, tunjuk perasaan yang bermula pada 29 Januari lepas itu menyaksikan peserta meletakkan lori dan treler sesuka hati di tengah jalan-jalan raya dan mendirikan khemah serta pondok sementara.

Tindakan itu menyebabkan Ottawa lumpuh serta menimbulkan kemarahan ramai warga kota.– AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI