KUALA LUMPUR – Warga kerja dalam sektor kesihatan di negara ini berpeluang memenangi 20 keping wafer emas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM50,000 menerusi Kempen Sektor Kesihatan oleh Bank Rakyat.
Ia terbuka kepada kakitangan sektor kesihatan yang mengambil Pembiayaan Peribadi-i, Kenderaan-i dan Perumahan-i Bank Rakyat sepanjang tempoh kempen bermula 17 Ogos sehingga 30 Oktober depan.
Bank Rakyat menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, kempen tersebut diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada wira dan wirawati sektor kesihatan yang banyak berjasa terutamanya sejak penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, sebanyak 10 wafer emas ditawarkan kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i manakala Pembiayaan Kenderaan-i dan Perumahan-i masing-masing menawarkan lima wafer emas.
“Kami yakin dapat memenuhi keperluan kewangan warga kerja sektor kesihatan menerusi tawaran istimewa bagi produk terlibat, antaranya Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar pembiayaan bermula daripada 2.38 peratus setahun dan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
“Bagi Pembiayaan Kenderaan-i, kadar pembiayaannya bermula daripada 2.65 peratus setahun manakala untuk Pembiayaan Perumahan-i pula, Bank Rakyat menawarkan margin pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan,” katanya.
Home » Wafer emas Bank Rakyat untuk kakitangan sektor kesihatan
Wafer emas Bank Rakyat untuk kakitangan sektor kesihatan
- Oleh KOSMO!
- 8 September 2020, 9:16 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN
Lubuk emas bernilai lebih RM371 bilion ditemui
22 November 2024, 1:17 pm
Hilang ibu bapa akibat Covid-19, Nur Yasmine cekal tamatkan ijazah
22 November 2024, 12:40 pm
Peneroka ditemukan lemas berdekatan pukat di Jerangau
20 November 2024, 4:33 pm
Wang pencen RM570,000 lebur ditipu pelaburan emas
19 November 2024, 12:32 pm
Bangga genggam PhD di usia emas
17 November 2024, 8:33 am
[VIDEO] Tipu pelaburan emas: Siti Hajartul mengaku tidak salah
12 November 2024, 1:54 pm
Beli emas, tidur hotel guna kad ATM milik warga emas
11 November 2024, 6:04 pm
Jadi tauke tepung pelita sebab surat khabar
6 November 2024, 8:42 am