fbpx

Selangor, Perak antara tujuh negeri terima amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya berwaspada ekoran amaran ribut petir dan hujan lebat.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu laporan berkata, cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 7 malam ini.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di Perak membabitkan Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

“Di Selangor pula membabitkan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sementara di Negeri sembil hanya tertumpu di Port Dickson,” katanya.

Sementara itu, bagi di sebelah barat, keadaan sama turut diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Miri (Subis, Beluru Miri dan Marudi).

“Di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku bagi kawasan Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan, (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) dan Kudat.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI