fbpx

China hadkan gaji selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHENG Shuang, 30, didedahkan menerima gaji AS$25 juta (RM104.74 juta) kerana muncul dalam satu siri televisyen. – VCG/Getty

BEIJING – China mengukuhkan peraturan untuk menghentikan pemberian gaji besar kepada bintang-bintang televisyen dalam langkah terbaharu membanteras budaya selebriti di negara berkenaan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan adalah mengehadkan gaji pelakon kepada 40 peratus daripada jumlah bajet keseluruhan produksi.

Menerusi pelan tersebut yang dikeluarkan pada minggu ini, gaji pelakon utama tidak boleh melebihi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan semua pelakon, demikian menurut  akhbar South China Morning Post.

Ia adalah tindakan keras baharu oleh Beijing dalam mengekang budaya selebriti termasuk melarang golongan itu daripada mempamerkan kekayaan mereka di media sosial.

Sekatan itu dilakukan susulan kemarahan orang ramai pada tahun lalu terhadap pelakon terkenal, Zheng Shuang, 30, yang menerima gaji AS$25 juta (RM104.74 juta) kerana muncul dalam satu siri televisyen.

Pihak berkuasa kebangsaan cawangan Beijing telah diarah untuk menjalankan siasatan kerana pasukan penerbit televisyen itu dituduh melanggar peraturan perkadaran kos, demikian menurut laporan berita tempatan. Tidak dijelaskan berkenaan bajet sebenar keseluruhan rancangan itu. 

Shuang juga didenda AS$46 juta (RM193.3 juta) oleh pihak berkuasa Beijing kerana mengelak membayar cukai antara tahun 2019 dan 2020.  Aktres comel itu terkenal di China selepas membintangi Meteor Shower dan beberapa filem serta drama lain yang juga mendapat kejayaan. 

Pengawal selia penyiaran negeri China juga menarik drama televisyen yang dibintangi Zheng yang dilihat menyinggung perasaan dan mengarahkan penerbit-penerbit untuk tidak lagi mengambilnya berlakon pada masa depan. 

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa selebriti dan pesohor media sosial lain di negara itu yang terkait dengan kesalahan sehingga disiasat oleh pihak berkuasa kebangsaan- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI