fbpx

Pelumba ‘dipaksa’ cuci litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR Mandalika agak berdebu dan lebih teruk apabila hujan menyebabkan ia berlumpur dan membahayakan pelumba. – TWITTER MOTOGP

LOMBOK – Pelumba Yamaha, Franco Morbidelli nyata kurang senang dengan situasi sesi ujian pramusim kedua di Litar Mandalika, Indonesia yang bermula sejak Jumaat lalu.

Keadaan litar yang kotor dan berlumpur menyebabkan aksi pada hari pertama terpaksa dibatalkan sementara menunggu proses pembersihan.

Dorna Sports dan Pegawai Keselamatan FIM, Franco Uncini mengarahkan setiap pelumba melengkapkan sekurang-kurangnya 20 pusingan untuk membantu membersihkan permukaan litar.

Tindakan tersebut menerima kritikan dan dianggap berbahaya kepada pelumba sebelum ia bersambung di sebelah petang.

“Hakikatnya ialah pelumba tidak sepatutnya melakukan tugas ini dan tidak wajar untuk turun membersihkan trek ini.

“Bagi saya ia satu tindakan bahaya untuk menunggang dalam situasi tersebut. Tiada siapa mahu keluar,” kata Morbidelli.

Perkara sama turut diluahkan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro selepas berang dipaksa oleh Dorna untuk turun membersihkan litar.

“Ini bukan kali pertama kerana kami menghadapi situasi serupa di Losail misalnya, hari ini Litar Mandalika tidak selamat untuk kami.

“Saya sangat marah. Dorna memaksa kami keluar bersama-sama bagi membersihkan trek. Pertama sekali ia hanyalah ujian dan kami tidak datang ke sini untuk membersihkan litar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI