fbpx

Tok Bali berpotensi jadi hab halal perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kiri) menunjukkan produk peniaga tempatan semasa mengadakan lawatan ke Program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kawasan Tok Bali di sini berpotensi untuk dijadikan sebagai pelabuhan hab halal terbesar bagi rantau Asia dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sehingga tahun 2025.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, potensi itu dilihat menerusi kepelbagaian produk berasaskan ikan yang dihasilkan menerusi industri kecil dan sederhana (IKS) yang memerlukan penjanaan semula.

Menurutnya, Tok Bali berpotensi besar direalisasikan sebagai pelabuhan terkemuka berlandaskan logistik dan laluan utama laut antara negara China, Thailand dan Vietnam.

“Sehubungan dengan itu, beberapa kemudahan asas lain seperti kilang ais yang terbesar bernilai lebih RM10 juta sedang dibina bagi memenuhi permintaan pengusaha bot tempatan.

“Kerajaan juga akan membina pangkalan khas untuk perusahaan ikan tuna yang dihasilkan oleh bot laut dalam di perairan antarabangsa bagi tujuan eksport selain memenuhi permintaan domestik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Pasir Puteh di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, syarikat pemprosesan tuna juga memaklumkan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk melabur sebanyak RM16 juta bagi membangunkan perusahaan berkenaan.

Menurutnya, beliau yakin pelabuhan itu akan menjadi pusat perdagangan yang terkemuka lebih-lebih lagu ia disokong oleh Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan intensif pencukaian oleh kerajaan yang akan menarik lebih banyak pelabur di Tok Bali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI