KEKURANGAN bekalan ayam dan telur, serta barang naik harga ekoran kenaikan kos bahan mentah dan logistik mengundang kerisauan ramai orang.
Inflasi semakin dirasai, apakah tindakan dan strategi yang perlu kita sebagai usahawan lakukan?
Saya selalu ingatkan kepada usahawan bawah didikan kami supaya fokus kepada perkara yang boleh dikawal, daripada perkara di luar kawalan.
Adakah masih nak kekal dengan langkah dan strategi sama seperti ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020?
Keadaan tak sama, ramai orang sudah keluar dari rumah. Kini rasanya hampir 100 peratus orang sudah mula keluar. Pemulihan sedang berlaku, namun ia takkan terjadi dalam sekelip mata.
Lebih membimbangkan, bila usahawan itu sendiri masih berharap pada strategi sama sedangkan situasi sudah pun berbeza.
Hasil pemerhatian, saya dapati banyak bisnes alami kejatuhan jualan sekitar 65 hingga 80 peratus baru-baru ini! Ini termasuk bisnes seperti platform marketplace terkenal ya.
Kisah balik kampung
Untuk lebih faham, saya kongsikan kisah perjalanan balik kampung untuk bertemu dengan emak disayangi di Melaka minggu lalu.
Walaupun sudah tahu jalan ke Melaka, saya masih buka aplikasi Waze atau Google Maps untuk dapat insight di mana ada halangan dan kesesakan jalan.
Saya ambil masa tiga jam disebabkan kesesakan, namun sudah bersedia dan menikmati perjalanan itu.
Meskipun ketika itu saya muntah-muntah akibat tersilap makan, saya komited dan faham apa yang akan dihadapi bersama matlamat jelas untuk bertemu emak.
Sama seperti dalam bisnes, penting bila mana kita faham bisnes itu, matlamat, potensi, hala tuju dan ada pengetahuan atau ilmu.
Namun, ramai usahawan akan panik dan mula gelabah bila berdepan cabaran seperti itu sebab mereka sebenarnya tak faham bisnes dijalankan.
Malah kasihannya, masih tak nak bangkit cari solusi apa yang perlu dilakukan.
Masih mahu guna cara sama, tapi mengharapkan hasil yang berbeza. Kau rasa?
Adakah anda akan gunakan ‘Waze’ dalam bisnes? Usahawan lain sedang rancak buat pelan, tambah baik strategi dan tindakan, bagaimana nak capai pelanggan dengan lebih baik.
Anda pula macam mana? Saya selalu ungkapkan ini, “How you do anything, is how you do everything!”.
Bagaimana anda lakukan apa-apa perkara adalah macam mana anda lakukan segala-galanya.
Jika anda lihat atau rasa benda itu sangat penting, adakah anda akan main-main, tak komited untuk pastikan ia diselesaikan?
Tahun ini akan lebih mencabar berbanding ketika awal pandemik dua tahun yang lalu.
Saya komited nak bimbing anda mengharungi 2022 ini, antaranya sepanjang Februari setiap Ahad pukul 8 pagi saya akan bersama dengan bangsa usahawan di saluran Telegram – Azizan Osman (Official) bagi sesi Live Session bagi mereka yang serius nak bangkit dan berubah.
RichWorks juga adakan latihan percuma secara dalam talian melalui penceramah yang berpengalaman seperti Radz Mohd. dan Nasrul Hadi bagi memberikan lebih sokongan.
Jika tidak cukup kami ada aplikasi MenThor, dibangunkan khas untuk bangsa usahawan dapatkan ilmu-ilmu penting dalam pelbagai topik yang pernah saya berikan sebelum ini.
Malah ada program latihan percuma bukan sehari, tapi 3 hari yang ditaja sepenuhnya RichWorks seperti Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 pada awal Mac ini.
Saya sendiri akan jalankan nanti, tapi ia berbalik pada anda untuk ikutinya atau tidak. Saya dan RichWorks sudah jalankan tanggungjawab kami.
Bagi mereka yang inginkan konsultasi atau ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi hotline RichWorks di talian +6019-244 2244.